kLiK TaU!!!

Thursday, October 21, 2010

slim diet 2..turunkan berat badan & boleh ambil protein

Cadangan Menu Semasa mengamal Slim Diet 2 (SD2)

by Slim Diet 2 (SD2) on Wednesday, 13 October 2010 at 12:24
Ayam
Daging
Sayur-Sayuran
Telur
Udang Galah

MEMANG BETUL, anda boleh makan semua makanan seperti gambar tersebut dibawah. Tak ada tapi-tapi lagi..MEMANG BOLEH!

Untuk anda yang mengamalkan SD2, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu kreatif untuk pelbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan karbohidrat & gula) supaya tidak cepat jemu. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan. Dalam program diet ini, perlu diingat bahawa anda adalah wajib ambil sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Jika lapar, sila makan makanan seperti yang tersenarai dibawah, jangan berlapar.

Sarapan Pagi
1. Telor - Mata Kerbau, Setengah masak, Omelet (Campur sausage, bawang, camsicum dan tomato)
2. Sausage - Rebus, grill, slice kecil dan goreng (sekeping burger atau sebatang sausage 4g karbohidrat)
3. Burger daging & ayam (tanpa roti)
4. Ayam kukus dengan spices
5. Fish finger / fillet (cari yang chunky kurang tepong)

Makan Tengah Hari
1. Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telor itik dan sayur dalam apa jua cara masakan.
2. Yong tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuat coklat yang manis

Makan Malam
1. Soup atau tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur
2. Sate ayam, lembu, daging, perut (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)
3. Tahu bakar dan sotong kangkung
4. Western: Chicken Chop, Lamb Chop, Steak (kurangkan kuah & jangan makan fries)
5. Sama dengan tengah hari

Snek
1. Tempe / Ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong
2. Nugget ayam, drummet, fish fingers (baca dan perhatikan label kandungan karbohidrat)

PERHATIAN!!!!
1. Anda tidak boleh mengambil lebih 35gram net karbohidrat dalam sehari untuk badan masih membakar lemak.
2. Kalau makan diluar, ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi.
3. Kebanyakan chilli/tomato sauce ada kandungan gula yang tinggi, baca dulu label makanan dibelakang botol tersebut dan lihat kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.
4. Kuat atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.
5. Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.
6. Jangan minum minuman berkafien iaitu teh/kopi kerana kafein boleh memberhentikan proses pembakaran lemak.



ps: boleh order dari I, market 1 tin:RM144, (bli ngn I ley diskaun..contact me ya..

Microwave oven? Boleh menyebabkan kamu mandul!


Tahu tentang microwave oven x? Haa, yang orang buat masak pizza, hangatkan lauk bagi mereka yang malas menggunakan  kualitu. Kalau x tau, cepat lihat gambar ini.

microwave sebenarnya dangerous...kamu tahu x?


Haaa, dah tau microwave oven? Sebenarnya kalau pelajar2 sekalian mahu tahu, bila kita letakkan makanan dalam microwave oven, makanan kita sebenarnya telah diradiasi. Owh, radiasi tu apa? Radiasi tu macam orang geletek2 ketiak kamu. Ok, saya gurau. RADIASI = RADIATION. Saya telah translate untuk kamu tanpa menggunakan google translate. Kenapa ada radiasi? Sebab microwave tu yang keluarkan radiasi.

Ok, sambung tentang makanan tadi. Bila kita letak makanan dalam microwave oven,partikel makanan dalam makanan kita telah berubah, nutrient pun dah kurang. Jadi, bila kita makan, perut kita x boleh cam apa ke benda nutrient itu (sebab dah berubah), makanya benda2 itu akan terkumpul. Makin banyak terkumpul, makin kita akan dapat penyakit yang dinamakan sebagai kanser perut. Haa, terkejut? Jadi, jangan guna selalu microwave oven.
aku x pregnant lagi sebab mandul ke?
Selain itu jugaklah, sesiapa yang makan makanan yang selalu dimasak di dalam microwave oven, effect jangka panjang ialah otak korang akan jadi lembab(salahkan makanan kalau x dapat A dalam subjek ni), lagi makanantu boleh effect korang punya system peranakan(kalau x paham, senang citer boleh jadi mandul), boleh dapat pelbagai penyakit-makit lagilah.

Owh lupa, adakah kamu tahu microwave oven sebenarnya selepas 2 tahun, kena pergi servis? Kalau x, lagi banyak radiasi yang dia keluarkan. 

Banyak lagi tentang radiasi yang mungkin korang semua x tahu.
tip dr blog cik farah

Saturday, October 16, 2010

Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh


Pernah suatu ketika dahulu, seorang  berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.Gambar Hiasan
Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.
Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.
Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.
Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.
Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.
Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.
“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.
“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.
Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.
Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.
Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Tuesday, October 12, 2010

Debaran akan tiba......

macam2 bende yang wat aku berdebar 


1st skali>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> exam..
exam yang dah xlame lagi ni..dengan byk presentation and assignment yang xciap lagi ni..
plz doakan noon berjye tau
assgment & presentation food product development
assignment& presentation sensori




2nd.>>>>>>>>> preparation start new life...hehehee
new life???
guess wat??
hehehe
doakan sume berjalan dgn baik ye


tata..........

Friday, October 1, 2010

Apa kaitan Saccharomyces cerevisiae dan pizza?


actually da lama I buat pizza ni..so saje nak post gambar...rasenye bulan ramadan yang lepas 2-3kali noon wat pizza...teringat satu malam tu nguli doh pizza sambil tgk cite emily kat tv 3...hehehe..besh cite tu...syok tgk sampai nguli dkt abis satu stori...dkt 2 jam laa...
ingat kalo uli or leave ape2 yang ade yis jgn lebey dr 2 jam cz nnt Saccharomyces cerevisiae yis yang digunakan ter`over' fermentation yang akan menyebabkan rasa masam pada doh yang di uli.nak dapat unik aroma seeloknya dalam 1jam setengah..aplikasi yang sama jugak dalam penghasilan pau or donut ke..ingat tu.


 proses asas hasilkan doh pizza atau roti:



Proses pertama: Melarutkan yis.

Proses kedua: Mengadun doh.

Proses ketiga: Menguli pertama kali.

Proses keempat: Mengembangkan doh.

Proses kelima: menguli semula dan membentuk.

Proses keenam: Mengembang kali kedua.

Proses ketujuh: Membakar

yis pon ade 2 jenis  yang biasa digunakan :
a) yis kering
b) yis basah
mana-mana boleh digunakan untuk wat roti...

fermentasi ni sebenarnya sgt berperanan dalam banyak penghasilan produk makanan cthnya

rhizopus oligosphorus : tempe
acetobacter aceti : cuka (asetik asid)
acetobacter aceti xylinum : nata de coco
lactobacillus sp: dalam yogurt



hehe jom makan...

Thursday, September 30, 2010

kahwin????

antara yang menarik untuk tatapan semua:

Konflik Kahwin Ketika Belajar




Ramai yang memandang dari sudut yang pesimis apabila diajukan persoalan kahwin ketika masih belajar. Alasan-alasan yang popular adalah takut study terganggu, takut tak dapat fokus pada peperiksaan, takut jatuh pointer dan macam-macam lagi. Sedangkan pelbagai dugaan dan ranjau telah dilalui selama ini ketika menongkah naik memanjat tangga universiti hinggalah ke peringkat lebih tinggi. Mengapa tidak digalakkan pula nikah ketika belajar?



Ada beberapa sebab utama:



1. Apabila sudah kahwin, dengan automatiknya tanggungjawab bertambah. Iya ini benar, tetapi sedarkah semakin dewasa memang semakin bertambah dengan sendiri pun tanggungjawab itu. Oh, adakah kerana tidak bersedia? Jadi, bilakah waktunya dikatakan ’sudah bersedia’? Apabila sudah ada kerja, sudah ada gaji, sudah ada kereta dan rumah? Adakah itu yang dikatakan ‘bersedia’ ?



2. Alasan keibu-bapaan. Ramai ibu bapa malah mungkin 99% ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka berkahwin selagi tidak tamat pelajaran. Kena tunggu sampai habis diploma la, habis degree la, habis master la. Kenapa perlu bertempoh? Dalam kitab fiqh disebut dua perkara yang harus disegerakan dalam Islam; mengurus jenazah dan pernikahan. Kenapa bila anak kata nak bernikah, kenapa kita harus halang? Kenapa ibu-bapa tidak boleh pandang dari sudut positif yang paling dalam? “Nak bagi makan apa anak dara orang? Makan pasir?” Siapa kita untuk mengatakan sebegitu? Malah, Allah membuka pintu rezeki orang yang bernikah kerana dengan nikah dapat menghalang penzinaan dan menutup pintu2 maksiat antara bukan mahram.



Lupakah kita pada firman Allah? :



“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”


( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #32)



“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”


( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #25)



Nah, Allah sendiri memberi janji baikNya kepada mereka yang bertaqwa. Bernikah boleh meningkatkan iman seseorang, bernikah boleh menjadikan seseorang itu soleh dan solehah! Malah hati menjadi lebih tenang untuk beribadat pada Allah. Kenapa pula Allah takkan buka pintu rezeki pada orang-orang yang nak membaiki diri dan agamanya? Fikirlah wahai ibu bapa sekalian. Rezeki bukanlah di tanganmu, tapi di tangan Al-Khaaliq!



“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “


( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #100)



3. Pernikahan juga harus dilihat dari dimensi hijrah seorang muslim. Hijrah dari jahil kepada nur. Hijrah, tidak ingin lagi pada kemaksiatan remaja dan lagha. Hijrah, ingin salurkan nafsu syahwat pada saluran yang halal dan betul malah dapat pahala lagi. Hijrah, tidak mahu lagi hidup muda yang berfoya-foya dan berseronok. Perkahwinan juga adalah hijrah di jalan Allah. Jadi, para ibu bapa bukalah mata luas-luas, tukar persepsi anda itu yang berdegil ( degil ertinya menegakkan yang batil ) tidak membenarkan anak berkahwin. Jika anak anda menghampiri zina dan sebagainya di belakang anda, siapa yang bersalah? Bukankah Allah dah peringatkan di dalam kalamNya dengan pelbagai peringatan? Istiqomahlah, jangan degil.



4. Ibu bapa juga salah persepsi apabila memikirkan setelah sahaja anak-anak berkahwin, hubungan antara parents dan anak-anak terputus atau renggang. Tidak boleh lagi menegur dan berjumpa seperti biasa. Ini adalah pandangan yang silap. Anak-anak yang sudah berkahwin juga patut mengubah cara hidup yang songsang ni. Apabila sudah berkahwin pun, “birrul waalidaini” itu terus menerus sehinggalah ke akhir hayat tidak kira lelaki mahupun perempuan. Betullah perempuan itu adalah hak suaminya apabila sudah berkahwin, tetapi hak antara anak dan parents tetap tidak terputus. Hak tetap hak. Bukan diabaikan terus sepenuhnya hak tersebut.



5. Fakta kes, ibu bapa tidak menyakini potensi anak-anak remaja mereka yang masih muda dan mahu berkahwin. Sedangkan ibu bapa patut sedar, masa muda remaja anak-anak inilah mereka masih bersemangat dan terus bersemangat untuk membaiki diri serta membuktikan mereka boleh bertanggungjawab. Kalau iya pun, berilah syarat dan tunjuk ajar kepada mereka supaya mereka lebih memahami kehidupan berumahtangga. Jangan kondem terus. Cth syarat, “boleh kahwin, tapi mak nak kamu buktikan dalam tempoh sekian-sekian kamu dapat kejayaan dalam pelajaran dan bantu juga pasangan kamu berjaya sama, malah buktikan kamu dapat beli keperluan berumahtangga dalam tempoh sekian-sekian.”



6. Seterusnya, alasan paling regular apabila sebut tentang kahwin muda adalah takut cepat dapat anak. Adanya anak nanti akan mengganggu gugat fokus pada study. Ini saya tak nafikan di mana masa akan menjadi lebih rumit dan kompleks, mana nak bahagi masa untuk study lagi nak jaga anak sakit lagi, nak beli susu anak lagi. Tapi, tidak mustahil rancang dulu tentang anak ini betul-betul. Tetapkan dalam tempoh study ni, kalau boleh tak mahu ada anak lagi..mahu berkasih-sayang dulu dengan isteri puas-puas. Ramai sahaja yang merancang rumahtangga, ini tersangatlah elok andai kedua-dua tidak mampu jaga anak semasa study. Namun, ada juga yang mengatakan walaupun susah jaga anak masa study, tapi ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Malah ramai sahaja yang berjaya dengan cemerlang berkat inspirasi anak-anak, isteri dan suami masing-masing. See, Allah tolong kita jika kita di jalan yang betul. Apa yang harus dihalang adalah couple yang bertujuan untuk berseronok-seronok sahaja. Couple dewasa kini hanyalah untuk mengenali hati budi sahaja, apabila tidak sesuai berlakulah perpisahan antara pasangan kekasih. Ini adalah bertentangan sekali dengan syarak yang membenarkan mengenali pasangan terlebih dahulu tetapi adalah ke jalan perkahwinan. Bukan untuk berseronok semata-mata.



7. Soal nafkah dan kerja juga menjadi soal utama yang dipersoalkan. Biasanya lelaki akan dipersoal bakal mentua atau keluarga sendiri. Kerja apa, macam mana nak sara keluarga nanti. Sebaiknya lelaki ada sedikit bekalan untuk menyara si isteri sepanjang tempoh belajar. Tidak lama, habis lama belajar pun 4 tahun sahaja. Takkan tidak boleh bertahan kot selama waktu tersebut. Pandai-pandailah berjimat untuk menyara isteri. Keluarga memainkan peranan penting juga, kalau boleh..fahamilah dan bantu anak kita tu sikit2 dari segi kewangan. Tak perlu banyak pun, bukannya nak tanggung sepuluh orang. Hanya dua orang je. Jadi, kalau boleh sama-samalah tolong menolong ke jalan kebaikan ni.

sumber:rusydee.com(fwd email)

berkahwin semasa belajar

demi tuhan..jika ini yang tebaek untuk hidupku..kuatkan laa aku untuk hadapinya..KAU permudahkan la urusan ini..sume ini demi mu tuhan..demi keredhaan mu...

"Allah akan memberi rezeki dari mana-mana sudut yang tidak diketahui, bagi mereka yang bertawakkal".


perkahwinan itu adalah ibadah..jadi, setiap apa yg dikatakan sebagai ibadah itu, insyaAllah akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah..

salah satu petikan dari blog  :

http://wanireality.blogspot.com/2010/02/berkahwin-semasa-belajar.html


Ana pun masih belajar degree level sekarang, duduk jauh dari suami. Dia kat seberang lautan. Bagi ana, kawin semasa belajar ni ada kebaikannya.. bagi ana hati tenteram.. hanya fikir pasal study saja tanpa gangguan nak fikir pasal jodoh lah, lelaki ni lah, lelaki tu lah... dan macam2.

 
Banyak orang kata kawin masa belajar ni leceh, fikir suami lah, anak lah, tanggungjawab lah.. dan macam2 lagi. Dalam hal ni persetujuan dan perancangan dengan pihak suami tu penting. Kalau tak nak beban anak, tunggu lah masa sesuai dulu baru buat anak pula... kalau pihak suami mengalakkan study, maka ia bukan lagi jadi bebanan tanggung jawab, pasti sokongan pihak suami akan mantapkan semangan belajar.


Suami ana is very understanding person. Tanpa dia, ana tak terus bersemarak semangat nak belajar. Lagi-lagi best bila ada subjek yang lemah saja, pasti dia berleter suruh pulun habis-habis. Kalau ana malas belajar pula, dia pasti berleter juga.. I love My Husband... Best juga sebenarnya ada orang berleter untuk kita ni.. ada juga nampakkan orang ambil berat sungguh2 dengan kita.


So, bagi ana.. bergantung lah pada antum semua... kalau rasa mampu manage perkahwinan semasa study... fikir lah kabaikannya.yang penting, daripada kita terus berhubung dengan pakwe.. lebih baik kawin terus...dapat pahala hati tenang, setiap tindakan dengan suami tukar jadi pahala.. walau pun just hantar 1 sms 'i love u' pada suami, ia jadi pahala.. berbanding hantar sms 'i love u' pada pakwe.. ia perkara yang sia2 tanpa pahala pula..

antara hikmah2 perkahwinan ialah:

1.Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman


2.Memelihara kesucian diri


3.Melaksanakan tuntutan syariat

4.Menjaga keturunan

5.Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

6.Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

7.Dapat mengeratkan silaturahim

*apa yag boleh saya simpulkan di sini ialah: ia bergantung kepada pelajar itu sendiri sama ada dia mampu atau tidak untuk menempuh alam perkahwinan di usia yang masih muda dan masih belajar...fikirlah sebaiknya sebelum membuat apa2 keputusan...memang tidak saya nafikan bahawa perkahwinan semasa belajar mempunyai banyak kebaikkan akan tetapi harus difikirkan juga tentang keburukkannya..jadi, terserahlah kepada pelajar itu sendiri..sentiasalah berusaha,berdoa dan bertawakkal kepada Allah...hanya Dia mampu memberi petunjuk kepada kita..insyaAllah..di penghujungya...kita akan mendapat apa yang terbaik utk kita..