kLiK TaU!!!

Thursday, September 30, 2010

berkahwin semasa belajar

demi tuhan..jika ini yang tebaek untuk hidupku..kuatkan laa aku untuk hadapinya..KAU permudahkan la urusan ini..sume ini demi mu tuhan..demi keredhaan mu...

"Allah akan memberi rezeki dari mana-mana sudut yang tidak diketahui, bagi mereka yang bertawakkal".


perkahwinan itu adalah ibadah..jadi, setiap apa yg dikatakan sebagai ibadah itu, insyaAllah akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah..

salah satu petikan dari blog  :

http://wanireality.blogspot.com/2010/02/berkahwin-semasa-belajar.html


Ana pun masih belajar degree level sekarang, duduk jauh dari suami. Dia kat seberang lautan. Bagi ana, kawin semasa belajar ni ada kebaikannya.. bagi ana hati tenteram.. hanya fikir pasal study saja tanpa gangguan nak fikir pasal jodoh lah, lelaki ni lah, lelaki tu lah... dan macam2.

 
Banyak orang kata kawin masa belajar ni leceh, fikir suami lah, anak lah, tanggungjawab lah.. dan macam2 lagi. Dalam hal ni persetujuan dan perancangan dengan pihak suami tu penting. Kalau tak nak beban anak, tunggu lah masa sesuai dulu baru buat anak pula... kalau pihak suami mengalakkan study, maka ia bukan lagi jadi bebanan tanggung jawab, pasti sokongan pihak suami akan mantapkan semangan belajar.


Suami ana is very understanding person. Tanpa dia, ana tak terus bersemarak semangat nak belajar. Lagi-lagi best bila ada subjek yang lemah saja, pasti dia berleter suruh pulun habis-habis. Kalau ana malas belajar pula, dia pasti berleter juga.. I love My Husband... Best juga sebenarnya ada orang berleter untuk kita ni.. ada juga nampakkan orang ambil berat sungguh2 dengan kita.


So, bagi ana.. bergantung lah pada antum semua... kalau rasa mampu manage perkahwinan semasa study... fikir lah kabaikannya.yang penting, daripada kita terus berhubung dengan pakwe.. lebih baik kawin terus...dapat pahala hati tenang, setiap tindakan dengan suami tukar jadi pahala.. walau pun just hantar 1 sms 'i love u' pada suami, ia jadi pahala.. berbanding hantar sms 'i love u' pada pakwe.. ia perkara yang sia2 tanpa pahala pula..

antara hikmah2 perkahwinan ialah:

1.Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman


2.Memelihara kesucian diri


3.Melaksanakan tuntutan syariat

4.Menjaga keturunan

5.Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

6.Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

7.Dapat mengeratkan silaturahim

*apa yag boleh saya simpulkan di sini ialah: ia bergantung kepada pelajar itu sendiri sama ada dia mampu atau tidak untuk menempuh alam perkahwinan di usia yang masih muda dan masih belajar...fikirlah sebaiknya sebelum membuat apa2 keputusan...memang tidak saya nafikan bahawa perkahwinan semasa belajar mempunyai banyak kebaikkan akan tetapi harus difikirkan juga tentang keburukkannya..jadi, terserahlah kepada pelajar itu sendiri..sentiasalah berusaha,berdoa dan bertawakkal kepada Allah...hanya Dia mampu memberi petunjuk kepada kita..insyaAllah..di penghujungya...kita akan mendapat apa yang terbaik utk kita..





2 comments:

  1. Bagi pendapat saya pula,tiada masalah utk berkahwin semasa belajar, asalkan suami ada sumber pendapatan.
    Untuk lelaki/bakal suami kejarlah dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Terbaik Cepat-Cepat, Kumpul Duit Secukupnya cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana. Menjadi seorang suami bermakna lelaki tersebut perlu memikul amanah yang cukup besar tau. Sekadar pendapat saya, maafkan saya jika tersilap.hehehehe


    Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
    KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
    Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. terime kasih atas komen anda..saye terime dgn hati terbuke..alhamdulillah saye da tamat belajar n da dpt baby da :)

      Delete